Oleh: Puteri Murni bt Salleh Hudin
Tahukah anda? Plastik dari sektor
pertanian sahaja, di dunia setiap tahun mencapai 100 juta tan. Jika sampah
plastik ini dibentangkan, maka ianya dapat membungkus bumi sehingga sepuluh
kali lipatan. Penggunaan bahan plastik
akan menyebabkan limpahan sampah plastik kerana sifatnya tidak terdegredasi
iaitu sukar diuraikan. Memburukkan lagi keadaan, bahan-bahan plastik ini juga
bukan sahaja mendatangkan kesan buruk
kepada alam sekitar malah penggunaannya mampu memberi kesan buruk kepada
kesihatan manusia.
Plastik terhasil dari polimer
yang terbentuk dari polimerisasi molekul-molekul kecil (monomer) hidrokarbon
yang membentuk rantai yang panjang dengan struktur yang kaku. Plastik merupakan
senyawa sintesis dari minyak bumi (terutama hidrokarbon rantai pendek) yang
dibuat dengan reaksi polimerisasi molekul- molekul kecil (monomer) yang sama ,
sehingga membentuk rantai panjang dan kaku dan akan menjadi padat setelah
temperatur pembentukan nya. Plastik memiliki titik didih dan titik beku yang
beragam , tergantung dari monomer pembentuknya. Monomer yang sering digunakan
adalah etena (C2H4), propena (C3H6), styrene (C8H8), vinil klorida,
nylon dan karbonat (CO3) (Sumber: Makalah Seminar Kimia, 2009). Hampir semua
plastik sukar untuk diuraikan. Plastik yang memiliki ikatan karbon rantai
panjang dan memiliki tingkat kestabilan yang tinggi, sama sekali tidak dapat
diuraikan oleh mikroorganisme.
Kebanyakan plastik seperti PVC,
ditambah dengan suatu bahan pelembut (plasticizers)
untuk memantap dan meneguhkan PVC tersebut. Bahan pelembut ini kebanyakannya
terdiri atas kumpulan ftalat. Beberapa contoh pelembut yang lain seperti
epoxidized soybean oil (ESBO), di(2-ethylhexyl)adipate
(DEHA), dan biphenyl poliklorin (PCB)
yang digunakan dalam industri pembungkusan dan pemprosesan makanan (Sheftel,
2000).
Berdasarkan penelitian di Amerika
Syarikat, plastik PVC yang menggunakan bahan pelembut DEHA mampu mencemari
makanan dengan mengeluarkan bahan pelembut ini ke dalam makanan. Data di Amerika
Syarikat pada tahun 1998 menunjukkan bahwa DEHA dengan konsentrasi tinggi (300
kali lebih tinggi dari paras maksimum DEHA yang ditetapkan oleh FDA/ badan pemantauan
ubat dan makanan AS) terdapat pada keju yang dibungkus dengan plastik PVC
(Awang MR, 1999).
Namun begitu, kemajuan yang
dicapai oleh industri polimer pada hari ini menyebabkan bahan-bahan berasaskan
plastik sangat mudah didapati seperti bekas makanan dan minuman dan beg
plastik. Para peniaga makanan dan kedai runcit masih memilih untuk menggunakan
plastik tersebut kerana harganya yang lebih murah dan ianya mampu memaksimumkan
keuntungan. Manakala masyarakat pula cenderung menggunakan pembungkus plastik
kerana ia lebih praktikal dan mudah daripada membawa beg dan bekas makanan
sendiri semasa keluar bersantai ataupun membeli-belah. Perkara ini menyebabkan
usaha kerajaan dalam kempen-kempen yang dijalankan bagi mengurangkan penggunaan
bahan-bahan plastik kurang mendapat sambutan.
Ini juga adalah disebabkan bahan plastik terurai bio sepenuhnya amat
mahal . Selain harganya, kekuatan plastik bio terurai ( Biodegradable) agak
rendah dan agak sensitif terhadap suhu dan kelembapan. Pihak pengilang memang kurang berjaya untuk
menarik pengguna menggunakan plastik biodegradasi disebabkan harganya yang
dibawah jangkauan pasar2 raya atau peniaga biasa. Oleh itu, plastik yang murah
tapi boleh terurai dengan bahan penambah bahan asli daripada tumbuhan adalah
amat praktikal dan disyorkan sebagai langkah terbaik buat masa ini sehingga
plastik terurai bio ( totally biodegradable plastik) dapat mememuhi keperluan
ekonomi dan kekuatan yang diperlukan.
Amir bersama plastik mesra alam ciptaan beliau |
Mengambil inisiatif untuk
mewujudkan ‘situasi menang-menang’ di antara kempen kerajaan dan juga
masyarakat, Prof. Madya Dr. Rahmah Mohamed bersama pelajarnya, Amir Fakhrul
Islam Abdullah, telah menghasilkan ‘Bahan Penguraian Plastik Mesra Alam’ untuk
pelbagai jenis industri pembungkusan. Mereka telah menghasilkan bahan penambah
pengurai polimer dari sumber semulajadi yang boleh dicampurkan dalam polimer
sintetik atau bio-uraian yang biasa digunakan oleh industri polimer sekarang.
Bahan penambah pungurai polimer ciptaan mereka ini membantu mempercepatkan
proses penguraian plastik sehinggga dua bulan sahaja berbanding bahan plastik
biasa yang mengambil masa puluhan tahun untuk mereput atau terurai. Plastik
yang dihasilkan menggunakan produk inovasi mereka mampu terurai melalui haba,
kelembapan dan cahaya matahari. Oleh
yang demikian, produk ini merupakan alternatif terbaik bagi mengatasi masalah
limpahan sampah dari bahan plastik di pusat pelupusan sampah. Bukan itu sahaja,
ia juga dapat mengurangkan masalah pencemaran bahan plastik di Malaysia
sekaligus mengatasi kesan sampingan yang terhasil dari bahan penambah pengurai
polimer yang lain.
Amir bersama pingat gangsa yang diraih di SIIF 2010 |
Produk juga amat berpotensi untuk
dikomersilkan kerana kos penghasilannya yang lebih murah dan mudah didapati di
Malaysia berbanding bahan sintetik yang diimport dari negara China dan Kanada. Produk
ini telah dipatenkan. Mengkomersialkan
produk inovasi ini juga secara tidak langsung membantu industri domestik yang
terlibat kerana salah satu bahan untuk menghasilkan produk ini didapati dari
minyak asli dan penambah yang mesra alam.
Produk ini telah meraih pingat gangsa di pertandingan penyelidikan dan
pembangunan Invention and New Product
Exposition 2010 (INPEX) yang berlangsung di Pittsburgh, Amerika Syarikat
dan Korean International Invention Fair (SIIF)
2010 di Seoul, Korea Selatan.
Industri polimer yang
menghasilkan produk berasaskan bahan plastik seperti pembungkusan makanan dan
minuman, perubatan, peralatan rumah dan pejabat disarankan untuk mengambil
inisiatif menggunakan produk ini dani menyahut seruan kerajaan agar
bersama-sama menjaga alam sekitar demi mewujudkan dunia yang lebih baik bagi
generasi akan datang. Produk teknologi hijau ini diharap dapat diguna pakai
oleh semua lapisan masyarakat .
putri bley tak sy nk tau siapa org yg direct incharge dgn plastik biodegradable ni.ye..org uitm ke..it is shah alam?
ReplyDeleteSalam, wan rashidah
DeleteAbang saya mempunyai kilang plastic dan dua jugag membuat plastic biodegrabadle. Kilang ini jugag mengunakn teknologi green untuk plastic. Jika berminat sila email saya. Terima Kasih
ahbengpro@gmail.com
salam.. kilang abg kamu masih beroperasi ke? pls reply for more me to get more info tq
Deleteaza80aza80@gmail.com
salam.. kilang abg kamu masih beroperasi ke? pls reply for more me to get more info tq
Deleteaza80aza80@gmail.com