Bendi ataupun nama saintifiknya Abelmoschus esculentus ditanam untuk pasaran kebanyakannya domestik. Seluas 1,620 hektar bendi ditanam dengan pengeluaran hasil sebanyak 20,980 tan bernilai RM63.2 juta . Kawasan utama penanaman bendi ialah di Johor (381 hektar), Kedah (261 hektar), Sarawak (222 hektar), Kelantan(135 hektar). Menurut kajian yang telah dilakukan, bendi kaya dengan kalsium dan mengandungi 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein serta 1% fiber, malah bendi juga mengandungi mineral and vitamin yang baik untuk tubuh.
Pokok bendi
mengambil masa selama 45 hari untuk berbuah dan pokoknya boleh bertahan selama
lebih kurang tujuh hingga lapan bulan tanpa penanaman semula. Justeru,
pertanian bendi menjadi pilihan utama para petani untuk menjalankan projek
penanaman memandangkan sayur ini mudah ditanam dan dijaga serta mampu
memperoleh hasil dengan cepat.
Noriza bersama biskut dari tepung bendi |
Namun begitu, sekiranya
sayur ini lambat dipetik dan dijual, ia akan menjadi liat dan keras. Oleh yang
demikian, kerja memetik hasil ini perlu dilakukan setiap hari untuk mengelakkan
saiz bendi daripada terlalu menjadi besar dan panjang. Ini kerana untuk tujuan
pasaran, kebanyakan pengguna menggemari sayur bendi yang bersaiz sederhana dan
tidak terlalu besar.
Menyedari
masalah lambakan sayur bendi yang sudah tua dan tidak mampu dijual, Noriza
Ishak dan ahli kumpulannya dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM telah
menghasilkan tepung dari sayur bendi. Tepung
ini dihasilkan menggunakan bendi yang matang dan tua. Mereka menggunakan kaedah
pengeringan untuk memudahkan bendi dikisar untuk dijadikan tepung. Tepung
tersebut kemudian sesuai digunakan untuk pembuatan snek atau makanan ringan
sekaligus mampu menjadi alternatif untuk menghasilkan makanan ringan yang
berkhasiat.
Trofi yang diterima untuk inovasi tepung bendi |
Inovasi ini
membuka peluang kepada petani yang menjalanan projek penanaman bendi untuk
menceburi industri baru iaitu pembuatan makanan dan membantu mereka menjana
pendapatan sampingan. Memandangkan bendi bukan sayuran yang bermusim maka petani
tidak menghadapi masalah kekurangan bahan mentah. Tepung bendi juga sangat
ekonomi untuk dipasarkan kerana kos penghasilan yang murah dan bahan mentah
yang mudah didapati mampu memberi pulangan yang lumayan kepada petani dan
pengusaha industri yang berkaitan.
Inovasi ini
pernah meraih pingat emas di pertandingan Penyelidikan dan Pembangunan,
Brussels Innova 2010 di Belgium. Noriza Ishak juga merupakan finalis untuk
Anugerah Pencapaian Malaysia 2011 kerana pencapaian beliau dalam penyelidikan
teknologi makanan.
No comments:
Post a Comment