Monday, July 9, 2012

Inovasi jubin dari kulit telur

Oleh: Puteri Murni Bt Salleh Hudin

Sekumpulan penyelidik dari UiTM berjaya menghasilkan inovasi pembuatan jubin lantai daripada bahan buangan tertua di dunia iaitu kulit telur.
Jubin yang telah siap dihasilkan dari kulit telur
Rassimi Abdul Ghani, bekas pelajar peringkat sarjana UiTM berkata, idea menghasilkan jubin dari kulit telur tercetus apabila melihat longgokan kulit telur yang dibuang. Beliau yang mengkhusus kepada pengajian polimer menyedari bahawa meskipun kulit telur rapuh dan mudah dipecahkan namun ia sangat kukuh dan kuat apabila bersaiz mikro. Justeru, beliau menggunakan bahan polimer khas yang diadun dengan serbuk kulit telur dan kemudian diproses untuk dijadikan jubin lantai. Proses penghasilan jubin ini sangat mudah dan ringkas.

Beberapa siri ujian telah dijalankan untuk mengenal pasti kualiti jubin ini. Hasilnya, mereka mendapati jubin istimewa ini mampu menahan kepanasan sehingga 750° Celsius dan menahan beban dan hentakan sehingga 500 kilogram. Jubin ini bukan sahaja sesuai digunakan di rumah malah di pejabat dan juga industri. Ini kerana jubin ini mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti tidak mudah terbakar, mudah dibersihkan dan tahan calar.

Rassimi menerima pingat perak di INPEX 2010
Menariknya, jubin ini mempunyai kedua-dua belah sisi yang boleh digunakan. Rassimi juga menjelaskan bahawa jubin boleh diwarnakan mengikut cita rasa pengguna dengan mencampurkan dengan bahan pewarna semasa proses adunan. Oleh itu, jubin ini mampu menarik minat pengguna-pengguna baru untuk mencuba menggunakan jubin mesra alam ini. Penghasilan jubin ini yang mudah dengan menggunakan sumber yang boleh diperbaharui boleh dijual dengan harga yang murah. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 27801,55 tan kulit telur dibuang ke tapak pelupusan setiap tahun. Jumlah ini jelas menunjukkan Ssmber bahan utama penghasilan jubin ini iaitu kulit telur adalah banyak dan mudah didapati. Industri pembuatan bahan kemasan lantai dialu-alukan untuk mengkomersialkan inovasi ini memandangkan jubin ini telah melepasi semua standard piawaian yang dikeluarkan oleh American Society for Testing and Materials (ASTM).

Jubin ini telah meraih pengiktirafan apabila menerima pingat perak di pertandingan inovasi International New Product Exposition (INPEX 2010) di Amerika Syarikat dan British Invention Show (BIS 2009), London, United Kingdom.

6 comments:

  1. Blh dptkn cntct num tak?nk tanya lbh lanjut ttg kaedah utk buat jubin ni.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Boleh sy dptkn num wsap. Sya student poli. Saya nk tahu maklumat lnjut pasal projek ni. Utk dibuat sbgai kajian lepas.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. sye studnt projk thun akhir yg sdg mcri mklumat lnjut tntg projk inovasi yg dlakukan oleh En Rassimi, hrp dpat bkongsi
    mklumt..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. sye studnt projk thun akhir yg sdg mcri mklumat lnjut tntg projk inovasi yg dlakukan oleh En Rassimi, hrp dpat bkongsi
    mklumt..

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum,,saya student poli sem4 sayaa sdang mencari kajian terdahulu tentang jubin..boleh tlong terangkn dn rangkakan macam mana nk buat tc

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum,,saya student poli sem4 sayaa sdang mencari kajian terdahulu tentang jubin..boleh tlong terangkn dn rangkakan macam mana nk buat tc

    ReplyDelete